Istri-istri Rosulullah

Khadijah Binti Khuwailid

”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin ‘Abdil ‘Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu’anha. Muslim manakah yang tidak pernah mendengar sebutan namanya?.  Siapakah yang menyangka di saat itu, keharuman peribadinya kelak akan merebak di sepanjang sejarah Islam di dada setiap kaum Muslimin? Siapakah yang terfikir bahawa wanita mulia ini akan dikurniakan satu keutamaan yang amat besar yang tidak pernah diperolehi oleh sekalian hamba Allah sejak penciptaan insan? Siapakah yang menduga bahawa wanita cantik jelita ini akan mendampingi manusia yang paling agung dalam rentang awal perjalanan dakwahnya? Siapakah yang mampu meramal ketentuan Allah ini? Maha Suci Allah yang telah menciptakan dan mentakdirkan wanita mulia ini sebagai pendamping Nabi akhir zaman.

Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.  Dianugerahi reputasi yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang luhur, perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yang tinggi dan kalbu yang bening, nama Khadijah begitu harum di dalam sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali sebagai seorang wanita yang menjaga kehormatan dirinya sehingga digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) .

Beliau seorang janda dari suaminya yang terdahulu, Abu Halah bin Zararah bin an-Nabbasy bin ‘Ady at-Tamimi, kemudian berkahwin dengan ‘Atiq bin ‘A`idz bin ‘Abdillah bin ‘Umar bin Makhzum. Khadijah radhiallahu anha adalah wanita pedagang yang mulia dan banyak harta. Ternyata pekerjaannya itu telah menghantarkan kepada pertemuannya dengan manusia yang paling mulia. Saat dia kembali menjadi janda, seluruh pemuka Quraisy memasang angan-angan agar dapat menyuntingnya. Buah tutur Maisarah membekas di hatinya tatkala berita tentang kejujuran, amanah, dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan kepada beliau. Tersimpan keinginan yang kuat dalam dirinya untuk memperoleh kebaikan itu, hingga diutus seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahu alaihi wa Sallam dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam, seorang pemuda yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim piatu tetapi tersohor kerana luhur peribadinya. Wanita jelita itu memperoleh kembali belahan hatinya dalam usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dalam sejarah 15 tahun sebelum Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam diangkat sebagai Nabi akhirulzaman.

Perawat Duka, Khairul Anam

Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk mencermati serta memahami dengan jelas masalah wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam,

”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.

Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut.

”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams  al-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat.

Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersama Saidina Ali radhiallahu anhu. Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segera menghibahkan hamba itu kepada suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.

Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”. Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah  membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan pembelaan terhadap baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah dan kaum Muslimin dalam memikul penderitaan lantaran sikap kaumnya yang mendustakan dan melecehkan dakwah baginda. Kesabaran dan keredhaan Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan terhadap dakwah Rasulullah, termasuklah dalam fasa pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib oleh orang-orang Quraisy yang selama ini menjadi pelindung kepada Rasulullah.

Wanita Teladan Sepanjang Zaman

Ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, di usia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah, Khadijah radhiallahu anha kembali kepadaNya di saat-saat dakwah melalui fasa genting yang bakal menentukan kelangsungannya. Pemergian beliau ditangisi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, berlaku dalam selang waktu yang singkat selepas meninggalnya Abu Thalib, bapa saudara baginda. Sejak tahun kesedihan tersebut, hambatan-hambatan dakwah yang semakin getir dengan gangguan yang tidak putus-putus mula berani dilakukan oleh kaum kafir Musyrikin di Makkah.

Sesungguhnya nama Khadijah tercatat di dalam sirah sebagai wanita pilihan sehingga namanya disebut-sebut di kalangan penduduk langit dan bumi. Kemuliaan itu telah diraihnya sejak masih ada di muka dunia. Tatkala Jibril Alaihi Sallam datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengatakan, 

“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]

Wahai Muslimah yang dirahmati Allah! Sesungguhnya istana tersebut adalah jauh lebih baik dari pada gemerlapnya dunia fana yang telah memperdayakanmu. Dan ini adalah sebaik-baik khabar gembira dibandingkan dunia dan segala isinya. Tidakkah kalian ingin mendapatkannya pula?

Ya Allah! Betapa mulianya Khadijah binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah. Seorang isteri yang setia dan tulus, mukminah mujahidah di jalan deenNya dengan seluruh apa yang dimilikinya dari perbendaharaan dunia. Semoga Allah memberikan balasan yang paling baik kerana jasa-jasanya terhadap Islam dan umat Islam seluruhnya

 

SAUDAH

 

Saudah adalah wanita pertama yang dinikahi Nabi SAW sesudah Khadijah. Ia menemani Rasulullah selama kurang lebih tiga tahun sehingga beliau berumah tangga dengan Aisyah. Saudah termasuk salah seorang wanita utama pada zamannya.

Sebelum menikah dengan Rasulullah SAW, Saudaah dinikahi oleh sepupunya yang dikenal dengan Sakran bin Amr. Ketika masuk Islam dan membaiat Rasulullah, suaminya juga turut serta masuk Islam bersamanya, dan berhijrah bersama-sama menuju bumi Habasyah.

Ketika suami Saudah meninggal, Khaulah binti Hakim datang kepada Rasulullah SAW. “Wahai Rasulullah, maukah anda menikah?”

“Dengan siapa?” tanya beliau.

“Dengan Saudah binti Zam’ah, karena dia telah beriman padamu dan mengikutimu.” Jawab Khaulah.

Rasulullah kemudian berkata, “Baiklah, pinanglah dirinya buatku!”

Setelah itu, Khaulah segera beranjak menuju Saudah. “Kebaikan dan berkah apa
yang dimasukkan Allah kepadamu, wahai Saudah?” kata Khaulah ketika mereka bertemu.

Saudah balik bertanya karena tidak tahu maksudnya, “Apakah itu, wahai Khaulah?”

Khaulah menjawab, “Rasulullah SAW mengutus aku untuk meminangmu.”

Saudah berkata dengan suara gemetar, “Aku berharap engkau masuk kepada ayahku dan menceritakan hal itu kepadanya.”

Dan ayahnya yang sudah tua, sedang duduk-duduk santai. Khaulah memberinya salam, lalu si ayah berkata, “Apakah kau datang melamar pagi-pagi, siapakah dirimu?”

“Saya Khaulah binti Hakim,” jawabnya.

Lalu ayah Saudah menyambutnya. Kemudian Khaulah berkata padanya, “Sesungguhnya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib meminang anak perempuanmu.”

Ayah Saudah berkata, “Muhammad adalah seorang yang mulia. Lalu apa yang dikatakan oleh sahabatmu (Rasulullah)?”

“Dia menyukai hal itu,” jawab Khaulah.

Kemudian ayah Saudah berkata, “Sampaikan padanya (Muhammad) agar datang ke sini!”

Kemudian Rasulullah SAW datang padanya dan menikahi Saudah.

Dari Ibnu Abbas diceritakan bahwa Nabi SAW meminang Saudah yang sudah mempunyai lima anak atau enam anak yang masih kecil-kecil. Saudah berkata, “Demi Allah, tidak ada hal yang dapat menghalangi diriku untuk menerima dirimu, sedang kau adalah sebaik-baik orang yang paling aku cintai. Tapi aku sangat memuliakanmu agar dapat menempatkan mereka, anak-anakku yang masih kecil, berada di sampingmu pagi dan malam.”

Rasulullah SAW berkata padanya, “Semoga Allah menyayangi kau, sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah mereka yang menunggangi unta, sebaik-baik wanita Quraisy adalah yang bersikap lembut terhadap anak di waktu kecilnya dan merawatnya untuk pasangannya dengan tangannya sendiri.”

Pernikahan Nabi SAW dengan Saudah dilaksanakan pada bulan Ramadhan tahun kesepuluh kenabian dan setelah kematian Khadijah di Makkah. Dikatakan dalam riwayat lain tahun kedelapan Hijrah dengan mahar sekitar 400 dirham. Rasulullah kemudian mengajaknya berhijrah ke Madinah.

Setelah Saudah semakin tua, dia mengetahui kedudukan Aisyah di mata Rasulullah. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, aku memberikan jatah satu hari untukku pada Aisyah, agar engkau dapat bersamanya dalam satu hari itu.”

Ketika bersama Saudah, Nabi menerima ayat tentang hijab dan hal itu dikarenakan istri-istri Nabi SAW keluar pada malam hari menuju ke dataran tinggi di bukit-bukit. Kemudian Umar bin Al-Khathab berkata pada Nabi SAW, “Wahai Nabi, berilah perintah agar istri-istrimu berhijab.”

Namun, tidak jua Nabi melakukan apa yang disarankan Umar. Kemudian ketika Saudah keluar pada malam hari untuk menunaikan makan malam, dan dia adalah seorang wanita yang cukup tinggi. Kemudian Umar memanggilnya dan berkata, “Wahai Saudah, sekarang kami tahu itu engkau untuk memberi motivasi agar memanjangkan hijab yang kau kenakan.” Kemudian Allah menurunkan ayat hijab.

Saudah dikenal sebagai orang yang suka bersedekah. Umar bin Khathab pernah mengirim sekantung penuh dengan dirham padanya. Kemudian Saudah bertanya, “Apa ini?”

Mereka berkata, “Dirham yang banyak.”

Lalu Saudah berkata, “Dalam kantung seperti setandang kurma, wahai jariyah, yakinkan diriku.” Kemudian dia membagi-bagikan dirham tadi.

Aisyah berkata, “Bahwa sebagian isteri-isteri Nabi SAW berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah di antara kami yang paling cepat menyusulmu ?” Nabi SAW menjawab, “Yang terpanjang tangannya di antara kalian.” Kemudian mereka mengambil tongkat untuk mengukur tangan mereka. Ternyata, Saudah adalah orang yang terpanjang tangannya di antara mereka. Kemudian kami mengetahui, bahwa maksud dari panjang tanganya adalah suka sedekah. Saudah memang suka memberi sedekah dan dia yang paling cepat menyusul Rasulullah di antara kami.” (HR Syaikhain dan Nasai)

Saudah juga memiliki akhlak yang terpuji. Aisyah, Ummul Mukminin, pernah berkata, “Tiada seorang pun yang lebih aku kagumi tentang perilakunya selain Saudah binti Zam’ah yang sungguh hebat.”

Saudah meriwayatkan sekitar lima hadits dari Rasulullah SAW. Dan beberapa sahabat turut meriwayatkan darinya seperti, Abdullah bin Abbas, Yahya bin Abdullah bin Abdurrahman bin Sa’ad bin Zarah Al-Anshari. Abu Daud dan Nasa’i juga menggunakan periwayatan darinya.

Saudah wafat di Madinah pada bulan Syawal tahun 54, pada masa kekhalifahan Muawiyah.

Ketika mendengar Saudah meninggal dunia Ibnu Abbas bersujud. “Rasulullah SAW berkata, bila kau melihat suatu ayat, maka bersujudlah kalian, dan ayat yang paling agung daripada emas adalah para istri Nabi SAW,” kata Ibnu Abbas

 

Aisyah binti Abu Bakar As-Shidiq

Sejarah Islam telah mengukir beberapa perempuan yang patut dijadikan teladan oleh para muslimah masa kini. Salah satunya adalah Aisyah As-shidiq. Perempuan satu-satunya yang masih gadis dinikahi oleh Nabi Muhammad Saw, ketika ia berusia 7 tahun. Beliau juga merupakan putri dari Abu Bakar As-Shidiq yang tak lain adalah mertua dan sahabat Rasulullah saw.

 

Banyak sekali kisah yang menggambarkan tentang kepribadian beliau, setidaknya dapat dijadikan contoh oleh para muslimah masa kini yang juga memiliki peran dalam menjalankan roda dakwah yang ada saat ini. Karena Islam telah menawarkan porsi  berimbang dan adil, tidak seperti halnya emansipasi yang ditawarkan dewasa ini. Terkadang kerap menyalahi kodratnya sebagai perempuan. Namun di zaman Rasulullah saw, perempuan juga ikut diperhitungkan dalam kancah dakwah. Bagaimana Rasulullah menjadikan Aisyah ra sebagai patner dakwah yang dapat mendukung perjuangan beliau dalam menghadapi berbagai permasalahan umat kala itu.

 

Ada beberapa kepribadian beliau yang dapat dijadikan contoh oleh para muslimah untuk berkiprah dalam kehidupan. Diantaranya adalah sebagai berikut ini:

 

Pribadi yang Haus Ilmu

 

Selama Sembilan tahun Aisyah ra hidup dengan Rasulullah saw. Beliau dikenal sebagai pribadi yang haus akan ilmu pengetahuan. Ketekunan dalam belajar menghantarkan beliau sebagai perempuan yang banyak menguasai berbagai bidang ilmu. Diantaranya adalah ilmu al-qur’an, hadist, fiqih, bahasa arab dan syair. Keilmuan Aisyah tidak diragukan lagi karena beliau adalah orang terdekat Rasulullah yang sering mengikuti pribadi Rasulullah.  Banyak wahyu yang turun dari Allah  disaksikan langsung oleh Aisyah ra.

 

“Aku pernah melihat wahyu turun kepada Rasulullah pada suatu hari yang sangat dingin sehingga beliau tidak sadarkan diri, sementara keringat bercucuran dari dahi beliau.“ (HR. Bukhari).

 

Aisyah juga dikenal sebagai perempuan yang banyak menghapalkan hadist-hadist Rasulullah. Sehingga beliau mendapat gelar Al-mukatsirin (orang yang paling banyak meriwayatkan hadist). Ada sebanyak 2210 hadist yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Diantaranya terdapat 297 hadist  dalam kitab shahihain dan sebanyak 174 hadist yang mencapai derajat muttafaq ‘alaih. Bahkan para ahli hadist menempatkan beliau pada posisi kelima penghafal hadist setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik, dan Ibnu Abbas.

Pribadi yang Tegas dalam Menegakkan Hukum Allah

 

Aisyah juga dikenal sebagai pribadi yang tegas dalam mengambil sikap. Hal ini terlihat dalam penegakan hukum Allah, Aisyah langsung menegur perempuan-perempuan muslim yang melanggar hukum Allah.

 

Suatu ketika dia mendengar bahwa kaum wanita dari Hamash di Syam mandi di tempat pemandian umum. Aisyah mendatangi mereka dan berkata, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda, ‘Perempuan yang menanggalkan pakaiannya di rumah selain rumah suaminya maka dia telah membuka tabir penutup antara dia dengan Tuhannya.“ (HR. Ahmad, Abu Daud, dan Ibnu Majah)

 

Aisyah pun pernah menyaksikan adanya perubahan pada pakaian yang dikenakan wanita-wanita Islam setelah Rasulullah wafat. Aisyah menentang perubahan tersebut seraya berkata, “Seandainya Rasulullah melihat apa yang terjadi pada wanita (masa kini), niscaya beliau akan melarang mereka memasuki masjid sebagaimana wanita Israel dilarang memasuki tempat ibadah mereka.”

 

Di dalam Thabaqat Ibnu Saad mengatakan bahwa Hafshah binti Abdirrahman menemui Ummul-Mukminin Aisyah . Ketika itu Hafsyah mengenakan kerudung tipis. Secepat kilat Aisyah menarik kerudung tersebut dan menggantinya dengan kerudung yang tebal.

Pribadi yang Dermawan

 

Dalam hidupnya Aisyah ra juga dikenal sebagai pribadi yang dermawan. Dalam sebuah kisah diceritakan bahwa Aisyah ra pernah menerima uang sebanyak 100.000 dirham. Kemudian beliau meminta para pembantunya untuk membagi-bagikan uang tersebut kepada fakir miskin tanpa menyisakan satu dirhampun untuk beliau. Padahal saat itu beliau sedang berpuasa.

 

Harta duniawi tidak menyilaukan Aisyah ra. Meskipun pada saat itu kelimpahan kekayaan berpihak kepada kaum muslimin. Aisyah ra tetap hidup dalam kesederhanaan sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah saw.

 

Menjadi Problem Solver

 

Kecerdasan dan keluasan ilmu yang dimiliki  Aisyah ra sudah tidak diragukan lagi. Bahkan beliau dijadikan tempat bertanya para kaum wanita dan para sahabat tentang permasalahan hukum agama, maupun kehidupan pribadi kaum muslimin secara umum.

Hisyam bin Urwah meriwayatkan hadis dari ayahnya. Dia mengatakan: “Sungguh aku telah banyak belajar dari ‘Aisyah. Belum pernah aku melihat seorang pun yang lebih pandai daripada ‘Aisyah tentang ayat-ayat Al-Qur’an yang sudah diturunkan, hukum fardhu dan sunnah, syair, permasalahan yang ditanyakan kepadanya, hari-hari yang digunakan di tanah Arab, nasab, hukum, serta pengobatan.

 

Setelah Rasulullah meninggal dunia, Aisyah ra menghabiskan hidupnya untuk perkembangan dan kemajuan Islam. Rumah beliau tak pernah sepi dari pengunjung untuk bertanya berbagai permasalahan syar’iat . Sampai-sampai Khalifah Umar bin khatab dan Usman bin Affan mengangkat beliau menjadi penasehat. Hal ini merupakan wujud penghormatan  Umar dan Ustman terhadap kemuliaan Ilmu yang dimiliki oleh Aisyah ra.

 

Sosok Aisyah ra merupakan teladan yang tepat bagi muslimah tanpa perlu menggembar-gemborkan masalah emansipasi yang terjadi saat ini. Keberadaan Aisyah sudah membuktikan bahwa perempuan juga diberikan posisi yang layak di zaman Rasulullah saw dan para shahabat.

 

HAFSAH BINTI UMAR

  Siapakah Hafsah binti Umar?

  1. Beliau adalah puteri Umar al-Khattab, sahabat Nabi yang terkemuka.
  2. Bondanya ialah Zainab binti Mazh’un, saudara perempuan kepada sahabat Nabi, Ustman bin Mazh’un yang merupakan insan pertama yang dimakamkan di Baqi’.
  3.  Anak saudara kepada Zaid bin Khattab, seorang yang syahid dalam Perang Yamamah.
  4.  Ibu saudaranya ialah Fatimah binti Khattab, yang merupakan salah seorang sahabat pertama masuk Islam, isteri kepada Sai’d in Zaid yang dijamin syurga.
  5. Abang Hafsah ialah Abdullah bin Umar yang dipuji Rasulullah SAW sebagai seorang yang soleh (Rujuk riwayat Bukhari, no.3741, kitab Al-Manaaqib, Muslim, no.2478, kitab Fadhailus sahabah). 
Kelahiran Penuh Berkat
 
            Ketika penduduk Quraisy kecoh dengan banjir besar yang menimpa Kaabah, sehingga berlaku ketegangan dalam meletakkan kembali Hajarul Aswad, Rasulullah SAW hadir dengan penuh wibawa menjadi hakimnya. Peristiwa ini berlaku lima tahun sebelum kenabian. Sekitar peristiwa itulah, Hafsah  lahir di tengah keluarga yang penuh kemuliaan.
            Sejak kecil, beliau menekuni ilmu sastera. Tekun belajar membaca dan menulis daripada Syifa’ binti Abdullah Al-Quraisyiyah Al-A’dawiyah. Kesungguhannya menjadikan dirinya antara wanita Quraisy yang paling fasih berbicara, bersenikan sastera indah.
            Keislaman ayahandanya, Umar membawa berkat yang besar kepada seluruh umat Islam apatah lagi di dalam keluarganya. Abdullah bin Mas’ud berkata, “Kami tidak dapat solat di depan Kaabah kecuali setelah Islamnya Umar.” (Riwayat Ibnu Saad, vol.1, hlm. 270, dan Hakim, vol.3 hlm. 83-84). Hafsah membesar di bawah didikan salah seorang sahabat kesayangan Nabi itu.
 
Bersatu Cinta Dengan Khunais
 
            Khunais bin Hudzafah r.a. (saudara Abdullah bin Hudzafah r.a.) merupakan salah seorang sahabat pertama yang masuk Islam. Keislamanya bermula sebelum Rasulullah SAW menjadikan rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai markaz gerakan Islam lagi. Abu Bakar as-Sidiq yang menjadi menara hidayah buatnya.
Khunais meminang Hafsah yang sedang mekar meniti usia remaja. Umar menerima baik lamaran ke atas puterinya. Hafsah juga senang dengannya. Cinta Hafsah dan Khunais lalu bersatu. Mereka hidup bahagia dengan kejelasan iman dan ubudiyah kepada Allah SWT.
 
            Hijrah Bersama
 
Penentangan musyrikin Makkah semakin menggila. Kekejaman berlaku di mana-mana. Suami Hafsah terpaksa ikut berhijrah ke Habsyah. Namun, hatinya tetap di Makkah.
Si suami kembali ke Makkah, membawa isteri tercinta hijrah ke Madinah, menyahut  saranan Rasulullah SAW. Mereka hidup lebih tenang di samping golongan Ansar yang sangat penolong sifatnya.
 
            Terpisah Dua Jiwa
 
Dakwah Islam menuntut pengorbanan. Panggilan jihad di medan Badar menguji keimanan. Hafsah dengan rela hati meneguhkan perwiranya agar menyahut seruan itu. Di minda Khunais, syahid menjadi cita-cita teragung.
Pahlawan Badar itu berperang gagah. Seiring doa Hafsah. Biarpun mata pedang membelasah tubuhnya di sana-sini, undur tidak sekali. Khunais terus setia bertempur sehingga Islam mengangkat panji kemenangan.
Hafsah ternanti-nanti kepulangan perwiranya. Syukur kerana suaminya kembali. Namun, pulangnya Khunais dengan kecederaan parah. Hayatnya tidak lama. Rasulullah SAW menguburkan suaminya di Baqi’, berdampingan dengan kubur Ustman bin Mazh’un.
Hafsah reda dalam tangis kesedihan. Usianya yang masih muda, sekitar 18-20 tahun, menjadikan pemergian kekasih hati itu suatu ujian yang menyakitkan. Tabah Hafsah menerima ketentuan. Ramai insan bersimpati terutamanya Umar, ayahanda Hafsah.
 
Dianugerahi Suami yang Jauh Lebih Baik
 
Sebak jiwa Umar melihat puterinya sering dirundung pilu. Sebagai ayah, dia tidak mahu kematian Khunais turut mematikan keceriaan Hafsah. Umar tekad mencari pengganti.
Umar menawarkan Hafsah kepada Abu Bakar. Abu Bakar tidak memberikan jawapan. Hanya berdiam diri. Dari riak wajahnya, Umar tahu Abu Bakar keberatan.  Abu Bakar bukan tidak bersimpati kepada Hafsah namun beliau sebenarnya sedang menjaga rahsia Rasulullah yang berniat untuk menikahi Hafsah. (Rujuk HR Bukhari, no. 5122).
Umar tidak berputus asa. Umar menawarkan pula Hafsah kepada Usman namun Usman menolak.
“Saya belum bersedia berkahwin buat masa sekarang,” kata Usman. Usman merupakan seorang lelaki yang setia hanya kepada seorang isteri. Isteri Usman, Ruqayyah merupakan puteri Rasulullah. Rasulullah SAW tidak rela semua menantunya memadukan puteri-puteri baginda selagi hayatnya dikandung badan. (Rujuk hadis sahih riwayat Bukhari).Demikian kasih ayah bergelar Rasulullah SAW yang cukup memahami betapa berisikonya hidup bermadu yang boleh membawa agama seseorang wanita kepada fitnah atau ujian. Tidak hairanlah dalam Islam, poligami itu cuma rukhsah apabila ada keperluan mendesak bukannya galakan agama. Apabila Ruqayyah meninggal, Usman masih rela keseorangan.
Umar lalu mengadukan kesedihannya kepada Rasulullah. Rasulullah SAW lalu menghiburkannya, “Hafsah akan bernikah dengan orang yang lebih baik daripada Ustman. Manakala Ustman akan bernikah dengan wanita yang lebih baik daripada Hafsah.”
Tidak lama kemudian, Hafsah dipinang oleh Rasulullah SAW. Umar lalu menikahkan puterinya dengan penuh rasa gembira. (Riwayat Bukhari, vol. 9, hlm. 102-103). Sementara itu, Rasulullah SAW menikahkan Ustman dengan puterinya Ummu Kultsum, bagi merawat kesedihannya yang ditinggal Ruqayyah.
Hafsah dimuliakan sebagai ummul mukminin pada tahun ke-3 hijriah, sebelum Perang Uhud. Rasulullah SAW memberikannya mahar sebanyak 400 dirham. Kesedihan Hafsah pantas terubat kerana digantikan Allah dengan anugerah suami terbaik di dunia. Itulah ganjaran bagi insan yang tabah mengharungi ujian hidup.
 
Kreatif dan Penuh Idea dalam Persaingan Merebut Cinta Suami
 
Allah SWT menegaskan di dalam Al-Quran, Surah al-Nisa’ ayat 129, tiada seorangpun yang mampu berlaku adil dalam soal cinta. Fitrah cinta, ingin diberi perhatian. Hafsah juga begitu.                     
Rasulullah SAW sangat adil dalam gilirannya dan nafkah zahir. Namun, sebagai manusia biasa, Hafsah tahu cinta Rasulullah SAW amat cenderung kepada Aisyah selepas Khadijah. Hafsah lalu merapati Aisyah dalam strategi merebut cinta suami. Apatah lagi, beliau dan Aisyah sama-sama masih muda dan otak penuh idea.
Hafsah dan Aisyah pernah berpakat untuk mengurangkan masa Rasulullah di rumah Zainab binti Jahsy. Hidangan madu di rumah Zainab binti Jahsy membuatkan mereka berasa cemburu. Diatur rencana apabila Rasulullah masuk ke rumah salah seorang daripada mereka, mereka akan berkata kepada Rasulullah bahawa bau mulut baginda seperti bau maghafiir (sejenis makanan berbau tidak enak). (Rujuk lanjut HR Bukhari, no. 4912 dan muttafaq a’laih).
Hafsah juga pernah membuka rahsia Rasulullah SAW kepada Aisyah kerana kecemburuaannya melihat Rasulullah  SAW sukakan seorang hamba bernama Mariah al-Qibtiyah dan kerap menggaulinya.
Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya memenangi hati isteri-isterinya. Ia suatu perkara yang amat sukar. Dalam kelembutan sikap, Nabi tetap berkerja keras untuk sebuah keadilan. 
Tatkala cemburu yang fitrah sudah bertukar menjadi fitnah atau ujian, Allah menegur pakatan-pakatan isteri-isteri baginda itu di dalam Surah at-Tahrim. Demikian pedihnya cemburu hinggakan wanita paling berimanpun sukar menguruskannya hingga mendapat ugutan langsung daripada Allah SWT. Kisah mereka ini Allah akan terus dedahkan hingga akhir zaman kerana ia terakam di dalam al-Quran. Semoga kita mengambil pengajaran.
 
Cinta Teruji
 
Kreativiti Hafsah yang berusaha keras menyenangkan suaminya sudah bertukar menjadi perkara yang menyusahkan Nabi. Bagi Nabi, Hafsah perlu diberi pengajaran. Baginda telah menceraikan Hafsah talak satu. Dunia bagaikan gelap gelita bagi Hafsah. Diceraikan suami bergelar Nabi memang menyiksakan batinnya.
Allah menunjukkan bukti Dialah kekasih paling memahami. Dia memahami jiwa Hafsah. Memahami kesedihannya. Memahami setiap rahsia hatinya. Allah seakan mengiktiraf perbuatannya bukan berniat jahat, cuma ingin dicintai oleh seorang suami. Tagihkan perhatian. 
Apakan daya, Nabi sudahpun berlaku adil dalam soal giliran namun tidak mampu berlaku adil dalam soal cinta. Para ulama antaranya Syeikh Muhammad Abduh mengatakan ayat-ayat poligami di dalam al-Quran berbentuk ancaman (tarhib)atau peringatan, bukannya galakan (targhib).
Lalu, Allah menghantarkan Jibril untuk mengangkat kembali kemuliaan Hafsah di mata Nabi. Jibril berkata, “Dia (Hafsah) adalah seorang ahli puasa dan solat. Dia adalah bidadarimu di syurga.” Atas perintah Jibril, Rasulullah SAW merujuknya kembali. (Rujuk lanjut HR Abu Dawud, no. 2287).
 
Jiwa Murabbi Hafsah
 
  1.  Berilmu luas, faqih dan bertakwa.
  2. Ahli puasa dan solat malam.
  3. Berminda kelas tinggi hingga menjadi tempat rujukan hukum, hadis dan ibadah hingga zaman Khulafa’ rasyidin.
  4. Pandai menulis dan membaca pada zaman di mana amat sedikit orang memiliki dua kelebihan ini.
  5. Seorang yang amanah. Diamanahkan oleh Saidina Abu Bakar untuk menjaga lembaran-lembaran al-Quran yang telah berhasil dikumpulkan oleh Zaid bin Tsabit. Hinggalah ke zaman Saidina Ustman.
  6. Sentiasa memuhasabah diri. Berkata Abu Nuaim, “Wanita ahli puasa dan solat. Selalu memandang dirinya tidak bererti dan selalu memuhasabah diri. Hafsah binti Umar bin Khattab, pewaris dan penjaga lembaran-lembaran al-Quran.” (Hilyatul Auliyaa’, vol.2, hlm. 50).
Perginya Hafsah
            Pada tahun 41 Hijriah, beberapa hari berselang dari bulan Syaaban, Hafsah dijemput kembali mengadap Tuhannya. (Shifatus Shafwah, vol.2, hlm. 40).
            Beliau dimakamkan di Baqi’. Saat itu, usianya 63 tahun. Sebelum wafat, beliau sempat mensedekahkan semua hartanya yang masih tersisa. Semoga Allah meredhainya.
Advertisements
This entry was posted in sejarah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s